Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. 
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. 
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, 
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. 
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, 
keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
 
 
 
 
 

OKAYY DAH HABIS BACE? MEH NAK CIOM SIKET, EMMUAH :D